Kempen Derma Kain Buruk


Kempen ini berjalan sekitar bulan September tahun lalu. Bertujuan mengumpul kain-kain buruk dan perca bagi kegunan aktiviti pembersihan Surau Taman Segar.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Tiga kotak kain buruk berjaya dikumpulkan. Malahan tuala-tuala baru turut diterima dari para dermawan. Bolehlah digunakan untuk mengelap pinggan mangkuk dan sebagainya.

Terima kasih buat semua yang senantiasa berlapang dada dan seikhlas hati dalam menjayakan segenap aktiviti Surau Taman Segar.

Nota Admin : Jika masih punya iman, jagalah kebersihan !

Ulasan

Catatan Popular