Malam Ke-27 Ramadhan 1438H | 21 Jun 2017 - Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato Seri Ong Ka Chuan Ahli Parlimen Tanjong Malim

Dato Seri Ong Ka Chuan

21 JUN 2017 BERSAMAAN 26 RAMADHAN 1438H - Julung kalinya Surau Taman Segar menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu YB Dato Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjong Malim yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II dalam kabinet kerajaan Malaysia.

Dato Seri Ong Ka Chuan telah meluangkan masa untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa Surau Taman Segar dan kesudian beliau untuk hadir telah disambut mesra oleh ahli kariah dan penduduk setempat.

Sewaktu kunjungan singkat ini juga, Dato Seri Ong Ka Chuan telah bermurah hati untuk meluluskan sejumlah dana khusus bagi menaik-taraf sistem siar-raya, sistem pendawaian elektrik dan juga menukar baru permaidani Surau Taman Segar.

Nota Admin : Terima kasih Dato Seri Ong Ka Chuan.

Ulasan

Catatan Popular