Malam Ke-28 Ramadhan 1438H | 22 Jun 2017 - Majlis Khatam Al-Quran + Majlis Iftar Grup Muslimin Surau Taman Segar + Malam Kemuncak Program Ehya Ramadhan 1438H

22 JUN 2017 BERSAMAAN 27 RAMADHAN 1438H - Ramadhan kini hampir tiba ke penghujungnya. Begitu juga dengan program-program anjuran JK Surau Taman Segar sempena Ramadhan 1438H.

Pada malam Jumaat terakhir Ramadhan 1438H, JK Ehya Ramadhan Surau Taman Segar telah menganjurkan 3 program serentak iaitu;

1. Majlis khatam Al-Quran
2. Majlis iftar anjuran grup muslimin 
3. Malam kemuncak atau penutup Ehya Ramadhan 1438H

Sepanjang Ramadhan, grup tadarus telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sebaik sahaja selesai solat tarawikh dan witir. Alhamdulillah 30 juzuk berjaya dihabiskan dan majlis khatam Al-Quran ini diadakan bagi meraikan kejayaan mereka.

Ini disusuli pula dengan majlis tahlil bagi mendoakan arwah saudara mara rakan taulan yang terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Seterusnya, sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, para hadirin berbuka puasa dengan hidangan ringan sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Diikuti dengan iftar berat anjuran grup muslimin Surau Taman Segar. Menu paling istimewa yang menjadi sebutan pada majlis tersebut tentulah sup kambing Sri Kledang. Cukup perasa cukup power.

Usai solat tarawikh dan witir pula, majlis kemuncak Ehya Ramadhan 1438H mengambil tempat. 

Antara kandungan program adalah sesi perasmian penutupan Ehya Ramadhan Surau Taman Segar 1438H, penyerahan duit raya untuk anak-anak ahli kariah Surau Taman Segar dan penyerahan cenderamata kepada para imam dan muazzin solat tarawikh Surau Taman Segar. 

Emcee tetap Surau Taman Segar.


Kegembiraan anak-anak menerima sampul berisi duit raya.


Cenderamata kepada para imam solat tarawikh disampaikan oleh Mursyidul Am, Tuan Hj Hamzah.


Cenderamata untuk para muazzin solat tarawikh disampaikan oleh Tuan Pengerusi, Chegu Hadi.

Majlis diakhiri dengan sesi selawat dan sesi bermaafan sesama ahli kariah. Sedikit hidangan moreh dihidangkan dan dinikmati bersama sebelum hadirin bersurai.

Nota Admin : Ya Allah Ya Tuhan kami, pertemukan kembali kami dengan bulan Ramadhan yang akan datang.

Ulasan

Catatan Popular