Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri 1438H Anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Surau Taman Segar (Rehlah Aidilfitri 1438H)

SABTU, 16 JULAI 2017 - Rehlah Aidilfitri Surau Taman Segar untuk tahun ini terpikul di atas batu jemala Biro Hal Ehwal Wanita (Biro HELWA) Surau Taman Segar sebagai tuan rumah.

Bagi memastikan kelancaran dan kejayaan majlis, Biro HELWA turut ditunjangi dan disokong oleh orang muda Surau Taman Segar di bawah naungan Biro KeRAS.

Persediaan awal oleh Biro HELWA dan Biro KeRAS. Kerja-kerja memasang khemah, membakar lemang, penyediaan bahan-bahan mentah dan lain-lain dibuat sehari sebelum rehlah.


Seawal jam 8 pagi, petugas Biro HELWA dan Biro KeRAS bertungkus-lumus membuat persediaan akhir bagi menyambut kehadiran tetamu.


Antara hidangan lazat yang disajikan buat santapan para tetamu.


Wajah ceria tetamu yang hadir.


Rehlah Aidilfitri 1438H Surau Taman Segar dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa ataupun agama. Tiada batasan darjat ataupun status, semuanya hadir dengan niat untuk beramah-mesra, bermaaf-maafan dan juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Alhamdulillah majlis Rehlah Aidilfitri 1438H berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang didambakan. Inshaa Allah tradisi sebegini akan diteruskan untuk tahun-tahun yang mendatang.

Nota Admin : Tahniah buat Biro HELWA Surau Taman Segar di atas kejayaan penganjuran majlis yang gemilang lagi terbilang.

Ulasan

Catatan Popular