The Saga Continues - Lemang Special Made in Surau Taman Segar | 26-28 Ramadhan 1438H / 21-23 Jun 2017

21-23 JUN 2017 BERSAMAAN 26-27 RAMADHAN 1438H - Aktiviti melemang oleh Biro KeRAS dengan diketuai oleh Along Langat Al-Hitami kini kembali sekali lagi. Tempahan dibuka kepada umum dengan harga RM13 sebatang yang mana bagi setiap pembelian, RM1 akan disumbangkan ke tabung Surau Taman Segar.

Melemang sambil beramal kekdahnya.

Pengerusi Biro KeRAS (Along Langat) dan potential buyers.

Lemang untuk hidangan menjelang Syawal.


SYAWAL 1438H - Aktiviti melemang oleh Along Langat dan Biro KeRAS tidak terhenti menjelang Syawal, malahan berterusan sepanjang Syawal.

Ini kerana tempahan tidak pernah putus, sama ada daripada ahli kariah sendiri mahupun luar kariah yang menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Melemang sambil menjamu selera.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu dalam bulan Syawal, Surau Taman Segar akan berasap dan meriah dengan aktiviti membakar lemang.

Membakar sambil bersuarasa, jika bernasib baik, akan ada ahli kariah yang bermurah hati untuk infaq rendang ayam mahupun daging untuk santapan beramai-ramai.

Kini Syawal telah berlalu pergi, Inshaa Allah jika dipanjangkan usia, dapatlah kita semua menikmati kemeriahan Ramadhan dan juga Syawal sekali lagi pada tahun hadapan.

Nota Admin : Selamat Hari Raya Aidilfitri.... belated buat semua ahli kariah dan pengunjung blog Surau Taman Segar.

Ulasan

Catatan Popular